Tuesday 6 May 2014

Buah Dari Syurga



14 KEBAIKAN BUAH DELIMA


1. Kulit delima mengandungi asid tannin yang amat berkesan untuk menghapuskan masalah cacing di kalangan kanak-kanak.

2. Delima turut mengandungi zat besi, kalsium, fosforus, sodium, potassium, magnesium, vitamin A dan vitamin C

3. Zat besi di dalam delima unsur penting dalam pembentukan darah merah.

4. Delima mengandungi antioksidan yang berupaya melindungi kalenjar prostat, payu dara, organ paru-paru dan jantung

5. Delima dapat memusnahkan sel kanser kanser payu dara dan menghalang sel kanser payu dara membentuk.

6. Pengambilan delima dapat menghalang pembentukan plak daripada terkumpul dalam salur darah arteri, mengurangkan tahap kolestrol jahat dan meningkatkan tahap kolestrol baik.

7. Delima boleh menurunkan tahap sistolik hingga 5 peratus

8. Delima dapat mencegah dan melambatkan nyanyuk.

9. Delima dapat menghalang plak gigi, mencegah kemerosotan rawan dan menghalang radang sendi

10. Delima boleh memperbaiki usus dan menguatkannya, membersihkan bahagian dalam tekak serta masalah batuk.

11. Delima berkesan meredakan cirit birit,bengkak usus dan najis berdarah

12. Delima boleh mencegah muntah-muntah, ubat kumur untuk masalah pernafasan berbau.

13. Delima dapat mengatasi masalah buasir kerana bairnya dapat bertindak sebgai astringen.

14. Delima boleh mengatasi masalah kemandulan.

Labels: ,